CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Secebis Kata Gugusan Harapan

Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, Kasihi Tuhanmu.

Redhailah Islam agamamu,pasti tiada kecewa buatmu.

Kelak satu hari nanti,ada insan yang mnntimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu,itulah insan yang menjadi wasilah dari Allah.

Moga bertambah redha Allah padamu,melimpah kasihNYA padamu kerana engkau meletakkan kasihmu padaNYA DAHULU sebelum cinta pada kekasih yang mnjadi pilihan hatimu~.

Monday, 23 April 2012

Tips doa untuk yang tersayang dan pasrah dengan takdir-Nya

Assalamualaikum Diari dan sahabat sejati saya, NAMF =)

Hari ini, saya nak share something. Something? Apa benda tu?
Haa tu lah yang saya nak share-kan tu.. Share.. Satu Doa..
Yang boleh kita ambil iktibar, dan muhasabah diri..
Bukan itu sahaja, tetapi yang boleh kita amalkan..
Supaya hidup lebih diberkati dan dirahmati Allah..
Supaya Allah dapat yang terbaik untuk diri kita daripada Allah..
Kerana Allah Pencipta, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya..
Juga percaya bahawa takdir dan qada' qadar adalah ketentuan-Nya..
so . . . renung-renungkanlah dan hayatinya . . .


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Tenangkanlah diri aku..
Dan juga Jiwa aku..
Periharalah aku dari kekecewaan...
Dan juga kesedihan…


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Untuk menerima ketentuan-Mu...
Dan juga takdir-Mu...
Agar aku dapat redha dan ikhlas menerima segala-galanya...

Ya Allah...
Sesungguhnya pershabatan kami...
Merupakan Persahabatan yang sejati...
Kekalkan persahabatan kami...
Sehingga menuju ke syurga hakiki...

Kerana Ya Allah...
Persahabatan kami...
Bukanlah berlandaskan nafsu dan rupa paras...
Tetapi kerana-Mu Ya Allah..


Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
L.Y.A.B.A dan A.S.A.S
Assalamualaikum 



No comments:

Post a Comment