CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Secebis Kata Gugusan Harapan

Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, Kasihi Tuhanmu.

Redhailah Islam agamamu,pasti tiada kecewa buatmu.

Kelak satu hari nanti,ada insan yang mnntimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu,itulah insan yang menjadi wasilah dari Allah.

Moga bertambah redha Allah padamu,melimpah kasihNYA padamu kerana engkau meletakkan kasihmu padaNYA DAHULU sebelum cinta pada kekasih yang mnjadi pilihan hatimu~.

Monday, 26 December 2011

Doa untukmu . . .

Ya Allah Ya tuhanku,

Izinkan hamba-Mu yang lemah lagi hina ini menadah tangan dan bersujud pada-Mu,
memohon keselamatan, kesejahteraan, kesihatan dan kesembuhan,
untuk sahabatku yang tersayang, Nur Azhiemah,

Ya Rabbana,

Engkaulah yang menciptakan sakit,
Engkau pula.yang meramukan ubat,
Engkau yang memberi kasih,
Engkau pula yang menanamkan cinta,

Ya Rahman Ya Rahim,

Kini dia dalam derita, pasti Engkau penyenbuhnya,
kini dia kemuraman, kesedihan, dan kesakitan, pasti Engkau yang tersirat,
Aku memohon dengan kerendahan hatiku,
berilah kesejahteraan, kesihatan, kesembuhan, kekuatan dan amunilah segala lalai, dosa dan kesalahannya,
kerana setiap dugaan yang diterimanya ada hikmah dan rahmatnya,
yang semuanya telah rercatit di Luh Mahfuz, takdir, qada dan qadar,
dan juga semuanya dengan izin dan kehendak-Mu jua.

Amin Ya Rabbal Alamin ...

Salam sayang dan rindu,
Ikhlas daripada:

Muhammad Alim FRM @
Sahabatmu @
Sayangmu .

Assalamualaikum . . .





No comments:

Post a Comment